Selamat Kembali Pesara Kesihatan

March 30, 2020

SELAMAT KEMBALI PESARA KESIHATAN

Kepada pesara-pesara kesihatan yang kembali berkhidmat, rakyat mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sanggup kembali menyambung khidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Khidmat anda sangat ditagih oleh semua pihak dalam mendepani wabak Covid-19 yang semakin menular.

Difahamkan lebih 1000 pesara doktor dan jururawat pada ketika ini telah kembali berkhidmat selaku barisan hadapan dalam membendung wabak Covid-19 yang telah menjangkiti lebih dari 2000 orang dan menyebabkan lebih dari 30 kematian.

Dijangka jumlah pesara kesihatan yang kembali berkhidmat akan terus meningkat dari sehari ke sehari memandangkan seramai 3000 pesara jururawat lagi menyatakan kesediaan untuk kembali bertugas.

Marilah sama-sama kita berdoa agar pengorbanan yang mereka lakukan dapat membantu Malaysia menangani Covid-19 dengan jayanya. Terima kasih, andalah wira negara.

#DUDUKRUMAH
#COVID19

@shatirimansor.com All rights reserved.

Visitors Counter since 29 June 2020

0282760
Visit Today : 14
Visit Yesterday : 45
This Month : 372
This Year : 10012
Total Visit : 282760
Who's Online : 1