Sekolah Mula Dibuka 15 Julai 2020

July 5, 2020

Semua sekolah sama ada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mula dibuka bermula 15 Julai depan.

Bagi murid tahun 5 dan 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, akan bermula 15 Julai, manakala murid tahun 1 hingga tahun 4 pula akan mula bersekolah, pada 22 Julai.

Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM turut disaran untuk mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Selepas KPM membuat keputusan ini, ibu bapa haruslah mengambil tanggungjawab juga untuk mendidik anak terlebih dahulu mengikut prosedur operasi standard(SOP) seperti memakai pelitup muka,kerap membasuh tangan atau memakai sanitizer serta menjaga jarak social ketika berada di sekolah.

Sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Visitors Counter since 29 June 2020

0306022