Pendidikan Jaminan Masa Depan Anak-Anak

September 30, 2020

Golongan ibu bapa perlu sedar pentingnya pendidikan buat masa ini demi masa depan anak-anak. Ini kerana, pendidikan mampu meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat, selain menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara.

Namun, dek kerana kekangan kewangan, kos sara hidup yang semakin meningkat tambahan pula penularan pandemik Covid-19, ramai golongan ibu bapa yang terbeban dengan keadaan ini.

Di Negeri Sembilan, misalnya, kerajaan negeri telah menyerahkan Bantuan Anak Sekolah bagi Fasa 1 sebanyak RM300 kepada 35 pelajar kurang berkemampuan dan baki RM250 pula akan diserahkan pada bulan Oktober ini di bawah Fasa 2.

Pemilihan penerima ini berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) bersumberkan keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih.

Begitu juga di negeri Selangor dan Pulau Pinang yang turut memberikan bantuan pendidikan kepada rakyat di negeri masing-masing. Di Selangor, bantuan diberikan kepada sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menikut keperluan yang diperlukan. Manakala, di Pulau Pinang, seramai 200 pelajar menerima bantuan awl persekolahan dan kelkengkapan persekolahan mereka.

Kita mengharapkan pihak pemerintah persekutuan dan negeri mengambil berat soal pendidikan anak-anak di negara ini kerana mereka adalah harta intelek negara di masa hadapan.

Visitors Counter since 29 June 2020

0303664