Pelitup muka wajib dipakai di tempat awam yang sesak seperti pasar dan ketika menaiki pengangkutan awam mulai 1 Ogos 2020.
Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kluster baru yang di beberapa tempat selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mereka yang melanggar penetapan tersebut boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Ekoran keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka ini, kerajaan juga perlu mengambil kira faktor mereka yang kurang berkemampuan dan mempunyai ahli keluarga ramai.
Kerajaan perlu mengambil inisiatif supaya semua rakyat dapat menggunakan pelitup muka tanpa rasa terbeban dari segi kewangan.
