
Sudah pasti Malaysia juga tidak ketinggalan dalam isu ini.
Kita dapat lihat bahawa Perdana Menteri baharu bersungguh-sungguh dalam mencari solusi dalam mengurangkan beban rakyat disebabkan kos sara hidup.
Maka saya percaya ada dua pendekatan yang wajib diambil dalam kita menyediakan negara untuk Kemelesatan ekonomi.
Pertama, menambah baik sistem cukai kita. Ramai pakar selari dengan pendapat ini iaitu cukai yang sedia ada di Malaysia banyak memberi manfaat kepada golongan T20.
Saya percaya perkara ini perlu difikirkan semula dan penambahbaikan perlu dilakukan dalam memastikan faedah cukai ini adil kepada semua golongan ekonomi.
Kedua, sudah kena mulakan perbincangan mengenai gaji progresif.
Tujuan besar gaji progresif ini adalah untuk memastikan kenaikan gaji di setiap peringkat pekerjaan memberi impak yang besar kepada produktiviti.
Itu satu teori yang sangat penting. Kerana kita tidak patut menaikkan gaji tetapi kenaikkan gaji itu tidak memberi kesan kepada produktiviti individu.
Ini penting dalam kita memastikan ekonomi terus kuat dan stabil dan juga rakyat terus mendapat manfaat.
Saya berharap kita semua dapat bersama-sama dengan kerajaan baharu ini dalam memastikan negara terus stabil dan ekonomi terus kuat.
Demi Malaysia dan Demi Rakyat
Shatiri Mansor
ADUN Kota Damansara
bersamakami
kotadamansara