Golongan ibu bapa perlu sedar pentingnya pendidikan buat masa ini demi masa depan anak-anak. Ini kerana, pendidikan mampu meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat, selain menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara. Namun, dek kerana kekangan kewangan, kos sara hidup yang semakin meningkat tambahan pula penularan pandemik Covid-19, ramai golongan ibu bapa yang […]

Pemerkasaan generasi muda perlu menjadi agenda utama semua pihak, terutama dalam meraih manfaat dan menjana pertumbuhan daripada ekonomi digital. Sebagai contoh di Pulau Pinang, sehingga kini seramai 1,600 usahawan telah mendapat manfaat daripada pelbagai program dan seminar berkaitan perniagaan digital yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri (PH). Daripada jumlah ini, 80 peratus usahawan adalah terdiri daripada […]

Pelitup muka wajib dipakai di tempat awam yang sesak seperti pasar dan ketika menaiki pengangkutan awam mulai 1 Ogos 2020. Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kluster baru yang di beberapa tempat selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka yang melanggar penetapan tersebut boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit […]

Semua sekolah sama ada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mula dibuka bermula 15 Julai depan. Bagi murid tahun 5 dan 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, akan bermula 15 Julai, manakala murid tahun 1 hingga tahun 4 pula […]

Yang Berhormat Tuan Haji Shatiri Mansor bersama Pegawai Khas YB, Tuan Nelson Rizal Radzmi sempat meluangkan masa melawat Car Boot Sales Kota Damansara. Sokongan YB kepada CBS Kota Damansara sejak masih bergelar Ahli Majlis di Kota Damansara, amatlah kami hargai. Dengan pertolongan beliaulah, CBS Kota Damansara diberi lesen oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Dan […]

Kepada Pengerusi/AJK UTAMAPERSATUAN2 PENDUDUK di DUN Kota Damansara السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Semoga sihat selalu, Sila hadir untuk menerima sumbangan topeng muka COVID-19 (500 Helai) untuk penduduk2 kawasan Tuan/Puan.Sila hubungi Pn. Noor A’in di talian 0133772047 untuk agihan dengan kadar segera. Terima kasih atas kerjasama. Shatiri MansorKota Damansara (SUNGAI BULOH)0123307220

SELAMAT KEMBALI PESARA KESIHATAN Kepada pesara-pesara kesihatan yang kembali berkhidmat, rakyat mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sanggup kembali menyambung khidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Khidmat anda sangat ditagih oleh semua pihak dalam mendepani wabak Covid-19 yang semakin menular. Difahamkan lebih 1000 pesara doktor dan jururawat pada ketika ini telah kembali berkhidmat […]

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-213 buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terima kasih atas khidmat bakti para anggota polis yang menjaga keselamatan negara. Terima kasih juga diucapkan atas kesiap-siagaan anda dalam melaksanakan tanggungjawab, khususnya ketika wabak #Covid-19 yang semakin menular. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda tidak ada nilai gantinya. #PerwiraNegara