Pemerkasaan generasi muda perlu menjadi agenda utama semua pihak, terutama dalam meraih manfaat dan menjana pertumbuhan daripada ekonomi digital.
Sebagai contoh di Pulau Pinang, sehingga kini seramai 1,600 usahawan telah mendapat manfaat daripada pelbagai program dan seminar berkaitan perniagaan digital yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri (PH).
Daripada jumlah ini, 80 peratus usahawan adalah terdiri daripada orang muda dan 70 peratus adalah golongan wanita.
Malah, pembudayaan norma baharu dalam kehidupan masyarakat di seluruh negara akibat penularan pandemik Covid-19 juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat melalui platform digital ini.
Ekonomi digital adalah gelombang yang mampu mewujudkan pelbagai peluang perniagaan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat secara menyeluruh.
Mengambil kira pergerakan yang terhad ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini memberi pilihan kepada pengguna untuk beralih kepada membeli-belah secara dalam talian berbanding amalan tradisional sebelum ini.